Pages

RPH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PRASEKOLAH

TEMA                         : Tumbuh-tumbuhan
SUBTEMA                 : Buah-buahan
AKTIVITI                    : Mengenal buah-buah tempatan dan luar negara
CADANGAN MASA : 60 Minit

TUNJANG UTAMA : Komunikasi Bahasa Malaysia
STANDARD PEMBELAJARAN UTAMA:     
(BM 2.1.7) Menamakan objek di persekitaran.
STANDARD PEMBELAJARAN YANG DISEPADUKAN:
(KTI 2.1.13) Menyanyi dengan gerakan.
(BM 3.1.3 ) Menyebut huruf secara rawak

OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
1)    Di akhir  pembelajaran, murid-murid dapat menamakan buah-buahan tempatan dan  luar Negara
KONSEP UTAMA    
: Mengenal  buah-buahan tempatan dan luar Negara.
BAHAN DAN PENDEKATAN
Atas Talian;

LANGKAH PENGAJARAN  :
Set Induksi:
1.     Guru menayangkan video kesihatan kepada murid-murid iaitu kepentigan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran.
2.     Kemudian, guru meminta kanak-kanak untuk menyebut nama  buah-buahan yang ditunjukkan  pada gambar.
3.     Guru memperkenalkan subtema kepada murid-murid iaitu buah-buahan tempatan dan buah-buahan luar Negara.
Langkah-langkah:
1.  Murid-murid  diminta untuk menyebut huruf pada nama buah-buahan yang ditayangkan.
2.  Murid-murid diminta menyebut semula nama buah-buahan yang telah ditunjukkan.
3.  Murid-murid cuba mengeja nama buah-buah tempatan dan luar negara yang ditunjukkan oleh guru.
4.  Murid-murid mengelaskan buah-buahan mengikut label buah-buahan tempatan dan buah-buahan luar Negara.
Penutup:
1.     Murid-murid menyatakan semula nama buah-buahan tempatan dan  luar negara.
2.     Murid-murid menyanyikan lagu buah-buahan.


Penilaian : Murid-murid dapat mengenal buah-buahan tempatan dan luar negara.




No comments:

Post a Comment